Tuesday, January 5, 2010

Serba Sedikit Tentang Saya...

Salam sejahtera dan salam perkenalan…



Alhamdulillah dan syukur saya ucapkan kepada tuhan kerana saya telah berjaya membina sebuah blog. Nama saya ialah Mohamad Faisal Bin Badry. Saya adalah seorang pelajar Master jurusan Kejuruteraan Mekanikal di UPM. Tujuan saya membina blog ini adalah untuk dijadikan platform untuk saya memulakan bisnes di internet dan berkongsi maklumat2 atau idea kepada pengunjung blog saya ini. Sebagai seorang student, saya tidak dapat lari dari masalah kewangan. Saya pasti setiap orang di dunia pasti pernah mempunyai masalah kewangan. Tambahan pula saya sedang menyambung pelajaran dalam peringkat master. Segala macam benda perlu saya fikirkan seperti sewa rumah, bil-bil utiliti, Top-up hand phone, duit minyak kenderaan, projek master dan lain2 lagi. Dengan bekerja kontrak sebagai pembantu penyelidik di UPM sambil belajar. Dengan gaji bulanan sebanyak RM 1500 sebulan dapatlah saya menampung kehidupan saya sebagai pelajar. Saya sering mencari peluang untuk mencari duit extra. Saya pernah cuba mengambil upah sebanyak RM 100 untuk menterjemahkan abstrak thesis dalam bahasa inggeris kepada bahasa melayu. Itulah perkhidmatan pertama yang saya tawarkan kepad pelanggan. Ada la dalam 2 org yang saya dapat tawarkan perkhidmatan saya. Setelah lama mencari dan membeli beberapa jenis ebook, akhirnya saya telah nekad untuk memulakan perniagaan internet. Sebagai orang baru dalam bidang ini, banyak lagi yang perlu saya pelajari dan segala nasihat dan teguran akan saya gunakan untuk menjadikan diri saya lebih baik. Saya harap dengan menceburi bidang perniagaan internet ini dapat mengubah cara hidup saya. Insyaallah…


Saya berharap dengan wujudnya blog ini dapatlah saya meningkatkan jualan saya dan berkongsi maklumat dengan anda. Ini juga adalah langkah pertama saya untuk membina nama saya dalam bidang perniagaan internet. Saya mahu menjadi seperti nama2 besar IM seperti Zamri Nanyan, Ammar Zahar, Mohd Nizam dan ramai lagi nama2 IM yg besar. Jadi jangan segan-silu untuk meninggalkan sebarang komen dan pandangan yang membina agar saya dapat memperbaiki dan menjadikan blog ini lebih baik.



Ikhlas,

Faisal Badry

1 comments:

Vladimir Markov said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment